Powered By Blogger

Sunday, September 13, 2015

DEBAT PENAMAT

Alhamdulillah....
Tidak sangka, Pertandingan Debat Gender 2014 merupakan pertandingan debat perdana terakhir yang disertai. Suku Akhir Debat Gender, itulah pencapaian paling tinggi dapat disumbangkan kerana ke pentas akhir sudah menjadi perkara mustahil. Bagi saya, itu adalah kepuasan. Meskipun tidak ada yang mengiktiraf peringkat suku akhir itu satu pencapaian. Biar sahaja saya menghargai dan mengiktiraf diri sendiri. Terima Kasih juga buat rakan sepasukan, Nurfatihah Rahim.
Sesiapapun tidak akan memahami apa itu kepuasan berdebat di IPTA. Banyak jatuh bangun yang tidak ada orang kenal. Tragisnya, sayalah pendebat Ijazah Sarjana Muda UTHM tunggal yang akan berkonvokesyen pada tahun 2015 tatkala yang lain undur diri di tengah jalan. Saya faham, susah diterangkan. Kerana perjuangan dan pengorbanan dalam dunia debat terlalu mencabar. Kadang-kadang abaikan tanggungjawab sosial, tidak sempat pun bersosial dengan dunia luar, kerap kali pelawaan rakan sebilik, serumah ataupun sekelas untuk minum dan makan bersama ditolak mentah-mentah. Ada juga insiden pergaduhan apabila keluarga hadir melawat dan tidak hadir ke latihan. Sebegitu sekali, abaikan keluarga. Dan risikonya bila tidak ada pencapaian, maka akan dicarut sampai habis usia.

UM vs UIAM vs UTHM vs UPNM
UM          - Kerajaan Pembuka
UIAM      - Pembangkang Pembuka
UPNM     - Kerajaan Penutup
UTHM     - Pembangkang Penutup

Debat Yang Pernah Disertai Sebagai Speaker

Debat Terbuka
1) Cabaran Debat Muda 2121
2) Debat Terbuka Astar
3) Debat Terbuka Pulau Pinang (PDO)
4) Debat Piala Johor

Debat Perdana
1) Debat Keamanan Ala Presiden UPNM 2013
2) Debat Diraja UMS 2014
3) Debat Kemerdekaan Ala Parlimen UKM 2014
4) Debat Gender UTP, 2013, UPM 2014

No comments:

Post a Comment